Pages

Saturday, September 6, 2014

MICROSOFT ACCESS 2010

EPPD 1063


Microsoft Access dan Pengurusan Database


1. Teori
2. Projek & Tugasan

Pada 2 minggu yang lepas, kami telah mempelajari cara untuk menguruskan jumlah maklumat yang besar dengan penggunaan aplikasi pengurusan data iaitu, Access. 

Microsoft Access adalah satu platform untuk menguruskan data dalam jumlah yang besar. Penggunaan Access lebih baik sekiranya ingin menguruskan data yang banyak, berbanding penggunaan Microsoft Excel, kerana dalam Access kita dapat mewujudkan pilihan "layer by layer" iaitu, "Raw Data" > "First Summarising Layer" > Second Summarising Layer" dan berikutnya.

Ia juga boleh dijelaskan dengan penggunaan Borang Query dalam Access, dengan adanya borang query , kita dapat lihat maklumat yang kita hendak sahaja, bukan seperti word atau excel, sekiranya hendak mencari sesuatu kita perlu mencari item tersebut dalam jumlah maklumat yang sangat besar, dan kebarangkalian kita untuk membuat kesilapan, amat besar.

Tambahan pula, setiap item dalam jadual perlu dimasukkan mengikut satu primary Key ID. Primary Key ini membezakan setiap item dalam jadual tersebut. Primary Key tidak boleh terdiri daripada Nama, kerana kebarangkalian nama yang sama mungkin wujud, maka kita perlu mewujudkan satu ID pengenalan. Dalam kes Projek kumpulan saya, saya menggunakan ID pekerja dan pelanggan sebagai rujuka Primary Key.

Projek Modul Aplikasi Komputer EPPD1063

Bagi memenuhi kehendak modul, kami telah diberi tugasan/projek akhir untuk bab Access. Kami dikehendaki untuk mewujudkan satu database sistem bagi pekerja, pelanggan, item jualan dan sebagainya. Saya dan ahli kumpulan saya En. Vicky memilih untuk membuat sistem maklumat data bagi pengurusan Hotel.

No comments:

Post a Comment