Pages

Saturday, August 30, 2014

Keluarga Saya


Salam sejahtera,

Nama saya Ramajeya, saya berumur 23 tahun. Kawan-kawan saya memanggil saya jey, ada juga sesetengah kawan saya mengenali saya sebagai Akira (hometown). Saya lahir pada 11hb Mei 1991 di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Saya mempunyai 2 adik beradik termasuk saya. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya.Saya mempunyai seorang adik perempuan bernama Sri Maha.

Ayah

Ayah saya bernama En. Ramalingam I.M Perumal. Beliau lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1935, pada masa itu hospital besar Kuala Lumpur berada di Selayang, dikenali sebangai Hospital Selayang pada masa kini. Pada usia 9 tahun, ayah beliau (atuk saya) telah meninggal dunia akibat keracunan makanan, dimana anggota tentera jepun akan sering menggunakan beras dicampur dengan kapur dalam guni untuk tujuan pembinaan jambatan yang telah dimusnahkan oleh tentera british untuk menghalang kemaraan tentera jepun setrusnya memberinya ia kepada penduduk, ada juga saudara yang mengatakan beliau meniggal kerana tidak sihat. Setelah atuk saya meninggal ayah saya mula bekerja pada awal usia 11 tahun untuk menyara keluarga beliau. 


(Ini adalah Sijil Lahir (gantian) pada era 50-an milik arwah ayah sy)

Namun beliau menyertai british army pada usia 18 tahun (walaupun pada masa itu umur dikhendaki min 21 (tahun). Disitu beliau belajar merokok. setelah merdeka, beliau mula bekerja dalam bidang kewangan, pemasaran, pengurusan dan sebagainya. ( xkn cukup page ini klu sy citer sume). Beliau mengahwini ibu saya pada tahun 1990.

(gambar beliau circa 1970/80/90-an)


Beliau telah meninggal dunia pada 11.06.2007 ketika beliau berusia 72 tahun ( rekod jpn 75 tahun) di hospital kuala lumpur. ketika saya sedang menuntut di SMK. di tingkatan 4.




Ibu

Ibu saya pula lahir pada tahun 1952 di negeri Johor. dan mendapat pendidikan awal di negeri tersebut juga. Beliau bernama Kamala Devi Ayiahthurai. Beliau lahir di General Hospital of Johor, di Stulang Laut. Kemudian pada usia muda beliau sempat menghabiskan pelajaran pada peringakt awal, setelah itu sebagai anak sulung keluarga, beliau mempelajari bidang jahitan seterusnya berpindah ke Singapura pada tahun 1983. Beliau menetap di Singapura manakala kesemua ahli keluarga berpindah ke Negeri Perak di Batu Gajah. Pada tahun 1988 beliau kembali ke tanah air dan mengahwini ayah saya pada tahun 1990. Semenjak itu, ibu saya menjadi suri rumah sehinggalah pada tahun 2005 beliau berpendapat untuk bekerja semula.


(kereta di blkg adalah Skyline C210)



1 comment:

  1. Jey, aku baru perasan kau komen kat blog aku... huhu skyline takleh blah tu... formal sungguh blog anda... :P

    ReplyDelete