Di sini saya ingin berkongsi bekenaan penggunaan sistem komputer secara ringkas. Tapi untuk mengenali sistem komputer ini, saya perlu membawa tajuk ini kepada asas .. wujud nya satu sistem yang dipanggil "Sistem Komputer".
Sekiranya saya tersalah berkongsi maklumat, sila komen di halaman komen, membolehkan saya untuk memperbetulkan kesilpan makluamt saya tersebut.
Pada Dasarnya, sepertimana Negara kita Malaysia mempunyai Jabatan Perangkaan, dimana mereka giat melakukan proses banci untuk mengetahui jumlah penduduk di Malaysia setiap 5 tahun.Amerika Syarikat juga mempunyai satu badan berkanun dimana mereka melakukan segala pengiraan penduduk rakyat Amerika pada setiap masa.
Tapi pada semasa revolusi negara tersebut, ramai pendatang dari negara-negara jiran dan daerah-daerah lain, memasuki kawasan-kawasan yang lain dan maklumat yang direkod secara manual dengan pen dan tangan menjadi tidak tepat, malah jumlah penduduk juga telah meningkat dengan drastik. Sekiranya hendak melakukannya juga dengan cara tradisional tersebut, pegawai-pegawai memerlukan sebanyak 13 tahun untuk melengkapkan segala maklumat.
(Contoh Borang Banci)
Timbulnya seorang individu, bernama Herman Hollerith, dengan idea sebuah mesin dipanggil "Tabulating Machine" caranya adalah dengan menebuk lubang pada satu kad, yang penuh dengan maklumat penduduk, seperti , "Umur", "jantina" , " jumlah ahli keluarga" dan sebagainya. seterusnya memasukan kad tersebut ke dalam mesin itu untuk menggenalpasti jumlah input yang dimasukkan.
("Tabulating Machine")
Akhirnya American Census dapat menyiapkan perangkaan dalam masa beberapa bulan sahaja.
No comments:
Post a Comment