Pages

Saturday, August 30, 2014

Muay Thai

MUAY THAI


Believe it or not, saya adalah bekas pelatih muay thai atau lebih diknali sebagai tomoi di malaysia..... sy mula berlatih seni mempertahankan diri ini bermula pada tahun Januari 2011, tapi berhenti berlatih setelah jangkamasa praktikal sy di pejabat audit telahpun abis. saya kembali berlatih di situ pada tahun 2012 setelah saya abis blaja dan sambung bekerja... tapi situasi telah berbeza... di mana bekas jurulatih saya telah berenti melatih pelatih2.. tapi mengambil sorang jurulatih dari thailand untuk melatih kami..








Trip to Legoland

TRIP TO LEGOLAND

Pada tahun Bulan September tahun 2013 yang lepas... saya telah mengikuti lawatan syarikat sya bekerja ke singapura... turut dilawati adalah legoland malaysia... berikut adalah gambar-gambar sy melawat tmpt2 tersebut....



Legoland

keadaan kawasan sekitar agak panas... ketika itu.. waterworld belum lgi dibuka... mungkin kanak2 akan mengemarinya tetapi bagi orang dewasa.. ianya tidak begitu menyeronokan kecuali roller coaster yang laju dan sebagainya...









GST

GST

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.             

DATSUN SKYLINE C210

DATSUN SKYLINE C210 / 180K

 Ingin saya menceritakan tentang kereta pertama saya iaitu.... Datsun Skyline, atau lebih dikenali sebagai Datsun Skyline C210 (Jepun) atau 180k Malaysia. Terdapat dua version iaitu Assembled In Japan.. dan Assembled in Malaysia oleh Tan Chong Motor.... Saya dikurniakan dengan Kereta Buatan oleh Edaran Tan Chong Motor..oleh arwah ayah saya ketika saya masih di bangku skolah lagi....



Kali pertama saya memandu kereta ini adalah ketika saya di awal tingkatan 2 ... walaupun sy pendek masa itu.. saya belaja parking di dpn rumah dahulu... kemudian pada akhir tahun 2005 sy mula menjinakkan diri ngan Mitsubishi Tredia milik Ibu saya... (nanti sy citer psl tredia ini)....

Masa ayah saya tidak mampu lagi drive kereta beliau menyuruh saya untuk menjaga kereta beliau... maka saya setiap hari akan bersihkan dalaman ngan luaran... Nama Skyline kerap jadi bahan lawak bagi sy sbb xfhm ape maksudnya.. .. tetapi apabila saya berkawan ngan sorang brader jual burger depan umah saya dlu.. baru sy rse ade feel untuk drive kete-kete lme mcm ni... brader tu sering modify kete-kete lme jdi baru pastu jual kat org..then.. stu hari pada tahun 2008 sy peg cc ..cari maklumat berkenaan kereta ini.... maka saya terjumpa blog ni :  http://shuhaizad.blogspot.com/  .. dimana seorang pemuda menggunakan kereta sama seperti saya.. dan berkongsi maklumat ....tentang kereta tersebut.. di internet... saya dapat keyword dari pomen kete.. beliau kata ini adalah 180k... sejak itu saya mencari maklumat tentang kereta ini.. spare part kete ini.. namu tiada harapan.. sbb kedai sparepart xde parts utk model ini... tapi pada tahun sy diperknlakn kepada satu group kete Datsun Skyline..." datsun Skyline Community Malaysia". Di sini.. saya berkesmpatan untuk berjumpa ngan rmai peminat oldskool cars..









Terdapat pelbagai variant dalam kereta ini... saya pun kerap konfius.. ade long nose.. short nose.. gt spek.. twodoors.. wagon dan sebagainya.. kita dapat melihat disini.. untuk kembali membangun Negara jepun memperbanyakkan variasi perniagaan mereka.... terutamanya dalam branding .... mereka meletakkan nama mat salleh supaya ianya diterima umum oleh mat salleh...






Projek Membaikpulih Kereta saya



( abaikan puppy yang sedang menyusu anaknya)


(Grille Depan telah di keluarkan untuk proses mengecat)



Dikatakan Tie Rod Luar jenama ini tidak begitu tahan lama...
Tie rod yang betul-betul tahan lama adalah jenama 555 (triple 5)... mmg tahan.. sedangkan ia digunakan oleh kereta ini selama 30 tahun.. add/less

 Dpt carik Emblem - credits to (retro autoparts)

 Tie Rod End (Outer yg rosak) akibatkan gegaran ada stereng

 Never do a job support by by jack entirely

 dah mandikan cik kuning

 barang dahulu mmg detailed giler mcm ... padahal lambang GT xnmpk kat luar.. ianya di dalam


Tied Rod yang perlu ditukar




dah boleh Jalan skit ( tahun 2012)

SUKAR LINE

DATSUN SKYLINE 
( Datsun Skyline C210)

The Skyline is actually one of the most historic Japanese cars and has been around in various models for over 40 years already. Its production started in 1955 with the introduction of the Skyline ALSI-1, a car built by the Prince Motor Company. The Prince Motor Company was established in 1952 by the Tama Electric Car Company. Tama itself was founded by Tachikawa Aircraft Company which built fighter planes in World War II, and started producing the Tama Electric Car in 1952.

In honor of the Emperor of Japan Crown Prince Hirohita, Tama changed its name to Prince Motor Company and started producing petrol powered instead of electric cars. Prince used an engine designed by Fuji Precision Industries, a company which was established by Nakajima Aircraft Company. In 1954, the Prince Motor Company merged with Fuji Precision Industries. Another important event in the Skyline’s history occurred in 1966, when the Japanese government recommended that larger companies should be created which would be more competitive in international markets and more resistant to hostile takeover attempts by foreign competitors. 

As a consequence, Nissan merged with Prince, just as Toyota merged with Hino and Daihatsu. Thus, from 1967 on, Princes were sold as Nissans or Datsuns. Even though, the Prince division is still alive within Nissan and responsible for the Skyline line-up today.

Reference : http://www.datsunhistory.com/skyline.html 

Tabulating Data

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,

Di sini saya ingin berkongsi bekenaan penggunaan sistem komputer secara ringkas. Tapi untuk mengenali sistem komputer ini, saya perlu membawa tajuk ini kepada asas .. wujud nya satu sistem yang dipanggil "Sistem Komputer".

Sekiranya saya tersalah berkongsi maklumat, sila komen di halaman komen, membolehkan saya untuk memperbetulkan kesilpan makluamt saya tersebut.

Pada Dasarnya, sepertimana Negara kita Malaysia mempunyai Jabatan Perangkaan, dimana mereka giat melakukan proses banci untuk mengetahui jumlah penduduk di Malaysia setiap 5 tahun.Amerika Syarikat juga mempunyai satu badan berkanun dimana mereka melakukan segala pengiraan penduduk rakyat Amerika pada setiap masa.

Tapi pada semasa revolusi negara tersebut, ramai pendatang dari negara-negara jiran dan daerah-daerah lain, memasuki kawasan-kawasan yang lain dan maklumat yang direkod secara manual dengan pen dan tangan menjadi tidak tepat, malah jumlah penduduk juga telah meningkat dengan drastik. Sekiranya hendak melakukannya juga dengan cara tradisional tersebut, pegawai-pegawai memerlukan sebanyak 13 tahun untuk melengkapkan segala maklumat.

(Contoh Borang Banci)
Timbulnya seorang individu, bernama Herman Hollerith, dengan idea sebuah mesin dipanggil "Tabulating Machine" caranya adalah dengan menebuk lubang pada satu kad, yang penuh dengan maklumat penduduk, seperti , "Umur", "jantina" , " jumlah ahli keluarga" dan sebagainya. seterusnya memasukan kad tersebut ke dalam mesin itu untuk menggenalpasti jumlah input yang dimasukkan.
(Contoh "Punched Card")

("Tabulating Machine")
Akhirnya American Census dapat menyiapkan perangkaan dalam masa beberapa bulan sahaja.

My Education

Pendidikan


Saya memulakan pendidikan awal di tadika pada tahun 1996. seterusnya memulakan pendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan (t) Tun sambanthan , Jalan sungkai bersebelahan sekolah menengah syeikh abdul ghani. Syeikh abdul ghani adalah pengasas awal pekan bidor dimana sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1960-an sempena nama beliau. saya belajar di sekolah rendah tersebut sehingga tahun 2003.

Setelah mengahabiskan zaman kanak-kanak di sekolah rendah tersebut, saya menyambung pelajaran ke SMKB yang terletak di jalan teluk intan. Sepatutnya saya memasuki SMK syeikh Abdul Ghani, tetapi setelah SMKB telah baru siap dibina pada masa itu, dan sedia untuk beroperasi. Makan pelajar-pelajara yang tinggal di seberang utara sungai bidor dikehendaki untuk mendaftar di SMKB.

Maka dengan rasminya, saya adalah salah seorang diantara 400 pelajar yang mendaftar pada tahun 2004 sebagai generasi pertama SMKB. 400 murid adalah termasuk tingkatan 2 & tingkatan 4. Pada masa itu pelajar PMR & SPM belum boleh mendaftar atas dasar kekurangan guru-guru berkenaan. Subjek yang paling saya tidak suka adalah matematik... hahaha.. but somehow i managed to survive til now though... :)

Pada tahun 2006 ( hari bulan xigt) saya menduduki PMR... subjek yang paling sukar bagi saya adalah matematik dan geografi.. Guru BM Pn Zarina sporting, Guru B.I En Azizul sporting giler, tapi math Pn Suria, sensitif.. bila ada orang fail dlm test mesti dia nangis... ( saya pulak dok dpn skali)...:( ... dan geo Pn. Nagamah suka marah saya selalu.. huhu.. tapi mase tingkatan 4 dye puji sy.. sbb dapat highest score dalam keseluruhan tingkatan...haha... bangga jap... ( even for Trial SPM)...








N nak citer blik pasal pre POST PMR EVENT. ok.. PMR mengambil tempat dan selepas abis final paper.. (exam seminggu jer)...kami shouted hoorai.... then sume turun bawah... tunggu abis sekolah.. The next week.. we were placed in a separate blok.. ( Bilik Kejuruteraan) untuk meluangkan masa yang tinggal sebelum cuti hujung taun. Pada masa ini lah sy btol2 mempelajari untuk main ChineseChess. Satu permainan yang agak best .. memang boleh tajamkan akal fikiran kita..seing a strategist all the time. Pada masa itu, saya mmg minat citer Indon... masa tu la saya mula layan lagu2 indon... sbb dak2 suka pasang citer indon kat projector..

 (Gambar fail - Projek PM)

Then abis cuti hujung taun.. kena lak sambung untuk core subjek kita.... ada cikgu kata ambik akaun mesti kena ade add math... sy dah la xsuka math.. ni pulak add math. mmg x la.. so sy pilih pape option yang ade.. asalkan xde add math.. patu dapat pilihan iaitu, Akaun, Geo & Perdagangan.... so ok kan dri ambik yg susah2..then ade cikgu brain wash.. suruh ambik math.. turns aout.. sy masuk test untuk ambik subjek add math..dye bg test soalan sebijik soalan pmr matematik lps.. sy lukis matahari ngan gunung then anta kat cikgu add math.. ..pastu kena rejek dari ambik subjek add math.. hahaha.. syok2..(p/s sy minat akaun sahaja pada masa tu).....atas dorongan cikgu plus.. kat muka dpn buku tu dye tulis... klu blaja akaun bleh jadi:-

(Gambar Fail- Projek PM)
1. Menteri Kewangan
2.Penganalis Ekonomi
3.Juruaudit
4.Lain-lain

Pada tahun 2008, iaitu 11hb November, 2008 (11.11.08) dengan rasminya saya menduduki SPM. Hari mcm biase...xde hujan. xde ribut.. pagi yang gelap telahpun terang...Member bernama Nor Azam bacakan doa sebelum menduduki peperiksaan..... Then kitaorang nek ke Exam Hall... hari pertama was BM.. Then B.I ... The last exam took place on 4th December, 2008... Geografi.. the last day i stayed at the school... lots of memories.. i couldnt express it by words here... sayonara daa..



Keluarga Saya


Salam sejahtera,

Nama saya Ramajeya, saya berumur 23 tahun. Kawan-kawan saya memanggil saya jey, ada juga sesetengah kawan saya mengenali saya sebagai Akira (hometown). Saya lahir pada 11hb Mei 1991 di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Saya mempunyai 2 adik beradik termasuk saya. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya.Saya mempunyai seorang adik perempuan bernama Sri Maha.

Ayah

Ayah saya bernama En. Ramalingam I.M Perumal. Beliau lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1935, pada masa itu hospital besar Kuala Lumpur berada di Selayang, dikenali sebangai Hospital Selayang pada masa kini. Pada usia 9 tahun, ayah beliau (atuk saya) telah meninggal dunia akibat keracunan makanan, dimana anggota tentera jepun akan sering menggunakan beras dicampur dengan kapur dalam guni untuk tujuan pembinaan jambatan yang telah dimusnahkan oleh tentera british untuk menghalang kemaraan tentera jepun setrusnya memberinya ia kepada penduduk, ada juga saudara yang mengatakan beliau meniggal kerana tidak sihat. Setelah atuk saya meninggal ayah saya mula bekerja pada awal usia 11 tahun untuk menyara keluarga beliau. 


(Ini adalah Sijil Lahir (gantian) pada era 50-an milik arwah ayah sy)

Namun beliau menyertai british army pada usia 18 tahun (walaupun pada masa itu umur dikhendaki min 21 (tahun). Disitu beliau belajar merokok. setelah merdeka, beliau mula bekerja dalam bidang kewangan, pemasaran, pengurusan dan sebagainya. ( xkn cukup page ini klu sy citer sume). Beliau mengahwini ibu saya pada tahun 1990.

(gambar beliau circa 1970/80/90-an)


Beliau telah meninggal dunia pada 11.06.2007 ketika beliau berusia 72 tahun ( rekod jpn 75 tahun) di hospital kuala lumpur. ketika saya sedang menuntut di SMK. di tingkatan 4.




Ibu

Ibu saya pula lahir pada tahun 1952 di negeri Johor. dan mendapat pendidikan awal di negeri tersebut juga. Beliau bernama Kamala Devi Ayiahthurai. Beliau lahir di General Hospital of Johor, di Stulang Laut. Kemudian pada usia muda beliau sempat menghabiskan pelajaran pada peringakt awal, setelah itu sebagai anak sulung keluarga, beliau mempelajari bidang jahitan seterusnya berpindah ke Singapura pada tahun 1983. Beliau menetap di Singapura manakala kesemua ahli keluarga berpindah ke Negeri Perak di Batu Gajah. Pada tahun 1988 beliau kembali ke tanah air dan mengahwini ayah saya pada tahun 1990. Semenjak itu, ibu saya menjadi suri rumah sehinggalah pada tahun 2005 beliau berpendapat untuk bekerja semula.


(kereta di blkg adalah Skyline C210)